Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label ASB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ASB. Papar semua catatan

Beli Kereta Free

Semua orang tahu, atau maybe dia buat tak tahu, yang kereta ini liabiliti. Liabiliti dimana, kita beli dengan harga 100k, kereta tu mungkin dalam 3 tahun, harga dalam 60k. Biasalah, bila sebut kereta, harga kereta second hand bergantung kepada model-model. Kereta-kereta yang harga second hand yang tinggi seperti Toyota Camry, Honda Civic, Honda City, Toyota Vios.

Disini saya ingin menceritakan yang kita boleh beli kereta disamping membuat pelaburan. Malangnya, terdapat beberapa halangan yang pasti untuk menjalankan cara ini. Tapi takper. saya ceritakan dulu caranya.

Contohnya, Exora 1.6 CFE Bold Premium dan harga OTR adalah 80k dan bayaran bulanan untuk kereta ini untuk 9 tahun adalah RM1200 sebulan. Cara tradisional kebanyakan orang buat adalah hanya beli kereta tu dan bayar menggunakan gaji anda. dan cukup 9 tahun, anda dapat satu kereta yang mana nilainya mungkin bawah 20k sahaja. Itu adalah cara tradisional. Cara yang digunakan oleh semua orang yang makan gaji di dalam dunia ini.

Cara saya, bagaimana?


ASB LOAN FOR DUMMIES

ada beberapa issue yang kita perlu tengok sebelum mengambil loan ASB


  • Interest Rate
    pastikan interest rate yang dikenakan adalah terendah di atara bank-bank. Sila lihat Maybank, CIMB dan RHB dari semasa ke semasa.
  • Lokasi Bank
    Mungkin pada mereka lokasi bank tidak relevan. Tapi, bagi saya, jika anda ambil asb loan pada 2004 , 2008 dan 2012, interest rate yang dikenakan adalah berbeza. Contoh pada 2004, BLR-0%, 2008, BLR - 1, 2012, BLR -1.6. Jika anda tidak terminate loan asb yang anda buat pada 2004, bayangkan berapa banyak interest anda bagi pada pihak bank. (Kita perlukan mereka, tapi jangan beri diorang bonus 6 bulan gaji senang-senang sangat). Lokasi memain peranan penting sebab dari semasa ke semasa, kita perlu jenguk ke bank tu untuk melakukan urusan perbankan dengan diorang.
  • Termination Clause
    Ini sangat penting. Seperti kata pepatah melayu, langit kekadang tak selalu cerah. Jadi, pastikan loan anda mempunyai "locking period" yang paling sedikit dan kalau boleh tiada langsung. Kadang-kadang, kita rasa kita mampu untuk membayar loan untuk 10 tahun, tapi tahun 2 kita dah teruk. (kereta rosak, terpaksa beli baru contohnya).  Jadi kalau dah tak mampu, kita terminate loan ASB dan beli kereta baru anda. 
  • Gaji Boleh Guna
    Aku tak tau the exact word for this, tapi matlamatnya ialah, bila anda buat ASB loan, contoh anda dikehendaki serve the loan untuk RM 1200 sebulan, maksud dia, Pendapatan boleh guna anda telah ditolak RM 1200 sebulan dari gaji bersih anda termasuk Loan Rumah, Loan Kereta, Personal Loan. Pastikan jumlah loan asb yang anda ambil ada baki untuk membeli kereta baru atau membuat personal Loan untuk masa susah). Morale of the story, loan asb masuk dalam CCRIS. bank lain tahu anda ada hutang, tapi mereka tak tahu hutang itu adalah hutang ASB!. Workaround untuk perkara ini, hubungi branch bank yang anda buat asb loan,apply loan kereta dengan diorang. Diorang akan bagi exclusion untuk perkara itu. Yang tak bestnya, anda terikat dengan bank yang anda amik asb loan tu. Kekadang, bank tu bukanlah bagi interest rate terendah untuk kereta baru anda!
  • Masa
    Masa terbaik untuk ambil loan ASB adalah pada suku keempat. (sept, oct, nov). Ini adalah kerana, dividen ASB dikira pro-rate setahun. Untuk impak terbaik, akhir tahun adalah terbaik untuk melihat dividen. Elakkan ambil loan ASB pada disember sebab bank dan disburst duit ambil masa sebulan. Takut kalau anda ambil pada december, duit masuk tu adalah januari. Maka tidak cukup setahun. (sila lihat sini untuk pengiraan pembayaran dividen asb)
  • Matlamat Loan ASB
    • Untuk masa tua sahaja (with minimal payment)
      Cara nie senang jer, bila buat loan ASB, pastikan anda bayar installment ASB loan untuk setahun sahaja. Selepas dapat dividen pertama, gunakan dividen itu untuk bayar installment tahun berikutnya. Baki tu belanja lah parent anda makan Chillies!
    • Nak Banyak Duit
      Kalau nak labur 1k esok jadi 10k, baik korang labur kat MLM atau skim yang tidak diluluskan oleh bank negara. tapi kalau ada masalah, korang tanggung sendiri. Untuk ASB, sebaik mungkin, korang bayar jer installment anda selama mungkin, dan duit dividen ASB pun korang biarkan dalam buku ASB. 
    • Nak Kurangkan Interest Bank
      Saya memang tak suka kasik bank nie kaya, so bayarlah installment setiap bulan, dan dividen ASB tu, ko bayar untuk pokok, so cara ini, kalau korang amik ASB loan 200k untuk 25 tahun, end-up loan korang akan dipendekkan dari 25 tahun ke 18 tahun sahaja.
    • Sahaja dengki tengok kawan buat Loan ASB
      Kalau korang dalam kategori nie, korang serve jer asb loan tu sampai tak larat, korang terminate jer lah.Janji bila bankers tanya " ENCIK NAK BUAT ASB LOAN TAK", korang jawab jer lah, dah ada.....

TABUNG AMANAH DI BAWAH PNB

Seperti kita maklum perbezaan ketara antara ASB dengan ASW adalah saiz tabung ASB tidak dihadkan, cuma individu (bumiputera) hanya dibenarkan melabur RM 200,000.00 pada permulaannya sahaja. Tabung tiada had bermakna, jika populasi orang melayu meningkat, saiz tabung juga meningkat. Berbeza dengan ASW, saiz tabung dihadkan tetapi pelaburan individu tidak dihadkan. Ini bermakna, anda boleh melabur di ASW RM 1juta pun tidak mengapa jika ada kekosongan tabung. Ia berjalan mengikut first come basis.


Seperti kita tahu, dalam portfolio pengagihan pendapatan dan bonus dalam tabung amanah di bawah seliaan PNB, ASB adalah tabung yang berprestasi tinggi. Jika kita bandingkan juga pada tabung-tabung lain yang bukan di bawah seliaan ASB yang mana unitnya adalah RM 1 secara tetap, ASB masih tinggi pulangannya. 
Jika anda berminat hendak tahu pengagihan pendapat asb dari masa dilancarkan sila pergi ke sini (popup)


Tips pelaburan dari saya. Jika anda suka "berhutang". Buat loan asb dan penuhkan dia di ASB. dan simpan saving lain anda di ASW. Tapi jika anda jenis tidak suka berhutang, sebelum melabur dalam ASW, melaburlah dulu di ASB. Anda akan merasa efek pengagihan pendapatan ASB bila anda telah melabur melebihi 10 tahun ( bonus pro-rate 10 years). Klik sini jika hendak tahu tentang pengiraan pengagihan pendapatan ASN

Selamat Melabur.

Jumlah Dana ASB Pada 2012

Banyak betul dana ASB pada 2012. Dalam suratkhabar Utusan pada 27 June 2012, menyatakan dana ASB cecah RM103.7 billion!!!

Wow, padan larr ASB dividen selalu dapat bawah 10% jer, duit banyak sangat, sampai diorang tak tau nak buat apa duit sebanyak itu. Kaya juga orang melayu yer, sebab ASB nie khas untuk orang melayu jer kan. Tak tau lah kaya dengan hutang atau memang orang melayu dah kaya.


Sijil ASB FAQ

1.berapakah harga dikenakan oleh pihak PNB untuk mensijilkan duit ASB.

Urusniaga pembelian sijil boleh dilakukan di Pejabat ASNB atau ejen-ejen ASNB (Maybank, CIMB Bank RHB Bank atau Pejabat Pos). Urusniaga melalui sijil boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu:

Overdraf ASB


Adalah dimaklumkan bermula daripada 1/7/2010, sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) hanya boleh dicagarkan dengan pihak bank sekiranya pemohon mempunyai perniagaan berstatus milikan tunggal (sole proprietor) dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-

Sejarah Pembayaran Dividen ASB Sejak Ditubuhkan


Tahun Dividen Bonus
1990 8% 6%
1991 8.5% 4%
1992 7.5% 5%
1993 9% 4.5%
1994 9.5% 4.5%
1995 10% 3%
1996 10.25% 3%
1997 10% 1.8%
1998 8% 2.5%
1999 8.5% 2.5%
2000 9.75% 2%
2001 7% 3%
2002 7% 3%
2002 7% 3%
2003 7.25% 2%
2004 7.25% 2%
2005 7.25% 1.75%
2006 7.3% 1.25%
2007 8% 1%
2008 7& 1.75%
2009 7.3% 1.25%
2010 7.5% 1.25%
2011 7.65% 1.15%
2012 7.75% 1.15%

Pelarasan di penyata ASB

Tuan,

Emel tuan mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman, pelarasan adalah merujuk kepada urusniaga pelaburan tambahan yang dibuat tanpa menggunakan buku pelaburan. Contoh seperti potongan gaji, tambahan secara perbankan internet (Maybank2U/CIMB Clicks) dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di 03-2057 3000 / 03-2057 3111 atau layari laman web kamiwww.asnb.com.my.

Sekian, terima kasih.

Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220  


From: Eddy Irwan Bin Mahamad [mailto:eddyirwan@gmail.com]
Sent: Thursday, January 05, 2012 2:17 PM
To: ASNB Care
Subject: ASB Pelarasan

Asalamualaikum dan salam 1 malaysia;

Apa fungsi pelarasan bila kita update buku pada awal tahun?

Eddy Irwan

Jangan lupa bayar zakat untuk ASB anda

Tuan/puan,  

Emel tuan/puan mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa PNB membuat pembayaran zakat ke atas keuntungan yang diperolehinya melalui pelbagai aktiviti perniagaan termasuk caj perkhidmatan sebagai pengurus pelaburan kepada tabung-tabung unit amanahnya.

Untuk makluman tuan/puan juga, pengagihan pendapatan kepada pelabur oleh tabung-tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB, iaitu Amanah Saham BumIputera (“ASB”), Amanah Saham Malaysia (“ASM”), Amanah Saham Didik (“ASD”), Amanah Saham Wawasan 2020 (“ASW 2020”) dan sebagainya, adalah hasil dari keuntungan pelaburan tabung-tabung unit amanah tersebut dan ianya adalah pengagihan pendapatan sebelum zakat.

Sebagai makluman, pemegang-pemegang akaun tabung-tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan agama manakala pelaburan mereka adalah dari sumber yang berbeza samada dari wang simpanan atau dari pinjaman bank.

Setelah mengambil kira faktor-faktor latar belakang pelabur serta sumber pelaburan mereka ini,  pihak ASNB berpendapat bahawa adalah lebih sesuai sekiranya urusan pembayaran zakat dilakukan oleh pihak pelabur sendiri sekiranya pelaburan tersebut memenuhi syarat-syarat zakat seperti yang dituntut oleh Islam. 

Diharapkan agar penjelasan yang diberikan dapat memberikan tuan/puan gambaran sebenar mengenai urusan pembayaran zakat oleh tabung-tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di 03-2057 3000 atau layari laman web kami di www.asnb.com.my.

Sekian, terima kasih.

Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220  

From: Eddy Irwan Bin Mahamad [mailto:eddyirwan@gmail.com]
Sent: Monday, December 19, 2011 10:22 AM
To: ASNB Care
Subject: Zakat dan Income tax

asalamualaikum;

saya henda bertanya, bagaimana ASB dengan Income tax dan Zakat

Eddy Irwan

Quota ASB yang sebenarnya



2009/5/21 <asnbcare@pnb.com.my>

Encik Eddy Irwan,

Email tuan adalh dirujuk.

Bersama-sama ini disertakan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan :-

1.Adakah benar, quota dibernarkan untuk ASB adalah 200k?


Had pelaburan maksimum yang dibenarkan bagi setiap pemegang-pemegang unit skim ASB adalah terhad sebanyak RM200,000.00 bagi pelaburan menggunakan wang sendiri. Walau bagaimanapun had pelaburan maksimum ini boleh bertambah melalui :-
i.        Perolehan pengagihan pendapatan dan bonus yang telah diterima setiap tahun di sepanjang pelaburan di dalam skim ASB.
ii.        Tambahan pelaburan melalui pindah milik pesaka
       

Definasi pelaburan maksimum ASB boleh dirumuskan seperti berikut :-
Jumlah had pelaburan maksimum =        RM200,000.00 (wang sendiri) 
                                        + perolehan pengagihan pendapatan dan bonus yang diterima setiap tahun 
                                        + tambahan pelaburan disebabkan pindah milik pesaka

2.kalau saya ada 130k dalam asb, bolehkan saya meminjam bank 100k loan asb.
Jumlah pelaburan seterusnya adalah bergantung kepada had maksima pelaburan maksima yang dibenarkan iaitu 200,000 unit. Untuk mengetahui jumlah unit ASB yang masih boleh dibeli, tuan boleh membuat semakan di mana-mana Pejabat ASNB atau Ejen-ejen ASNB yang berhampiran.

3.kalau saya ada 130k, dan saya certificatekan 130k ke OD, adakah saya akan kehilangan bonus 10 tahun? 

Berikut adalah disertakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk makluman tuan:-

(a)        Pengagihan Pendapatan  

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah (buku + sijil pelaburan) pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2008:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2008  hingga Disember 2008     x KADAR
                                      12 Bulan

*  BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
*  Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2008 sehingga Disember, 2008 (12 bulan).
*  Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata
    baki minimum tahunan.
*  Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.


(b)        Bonus

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan (buku + sijil pelaburan) untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2008 :-


Jumlah *BMB dari bulan Januari 1999 hingga Disember 2008    X   KADAR 
                                120 Bulan

 *   BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
 *   Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 1999 hingga Disember 2008 (120 bulan)  dicampurkan kesemuanya dan
      dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
 *   Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.

Sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Ejen, Ibu Pejabat ASNB, Kuala Lumpur melalui talian telefon 03-2057 3000/2057 3111 atau mana-mana Pejabat ASNB yang berdekatan atau layari laman web kami di www.asnb.com.my . 

Sekian, terima kasih.  

Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220

Cara pengiraan dividen dan bonus ASB


Email di bawah ini menunjukkan bagaimana pengiraan Dividen ASB dilakukan oleh sistem mereka. Kalau return dividen 7% manakala bonus 1.75%, kita tidak boleh menganggap pulangan tersebut adalah 8.75% seperti digembur-gemburkan oleh sesetengah media. Disertakan email dari asnbcare@pnb.com.my.


Baca dan fahamkan. Ia duit anda, kene tahu camna mereka kira...


---------- Mesej dikirim semula ----------
Daripada: <asnbcare@pnb.com.my>
Tarikh: 2008 Disember 16 12:03
Subjek: Re: Fw: Dividen ASB
Kepada: Eddy Irwan Bin Mahamad <eddyirwan@gmail.com>


En. Eddy

Kami dengan hormatnya merujuk kepada email tuan mengenai perkara di atas.

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana tuan memilih unit amanah ASNB yang diuruskan oleh Kumpulan PNB melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), sebagai instrumen pelaburan tuan. 
Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2008 adalah seperti berikut:-

Pengagihan Pendapatan         7%
Bonus                                1.75%

Berikut adalah dinyatakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk makluman tuan.

(a)        Pengagihan Pendapatan  

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2008:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2008  hingga Disember 2008     x KADAR
                                      12 Bulan

*  BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
*  Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2008 sehingga Disember, 2008 (12 bulan).
*  Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum 
    tahunan.
*  Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.


(b)        Bonus

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2008 :-


Jumlah *BMB dari bulan Januari 1999 hingga Disember 2008    X   KADAR 
                                120 Bulan

 *   BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
 *   Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 1999 hingga Disember 2008 (120 bulan)  dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan
     120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
 *   Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.

Sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Ejen, Ibu Pejabat ASNB, Kuala Lumpur melalui talian telefon 03-2057 3000/2057 3111 atau mana-mana Pejabat ASNB yang berdekatan atau layari laman web kami di www.asnb.com.my . 

Sekian, terima kasih.

Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220
 

Like Facebook