Nuffnang

Quota ASB yang sebenarnya



2009/5/21 <asnbcare@pnb.com.my>

Encik Eddy Irwan,

Email tuan adalh dirujuk.

Bersama-sama ini disertakan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan :-

1.Adakah benar, quota dibernarkan untuk ASB adalah 200k?


Had pelaburan maksimum yang dibenarkan bagi setiap pemegang-pemegang unit skim ASB adalah terhad sebanyak RM200,000.00 bagi pelaburan menggunakan wang sendiri. Walau bagaimanapun had pelaburan maksimum ini boleh bertambah melalui :-
i.        Perolehan pengagihan pendapatan dan bonus yang telah diterima setiap tahun di sepanjang pelaburan di dalam skim ASB.
ii.        Tambahan pelaburan melalui pindah milik pesaka
       

Definasi pelaburan maksimum ASB boleh dirumuskan seperti berikut :-
Jumlah had pelaburan maksimum =        RM200,000.00 (wang sendiri) 
                                        + perolehan pengagihan pendapatan dan bonus yang diterima setiap tahun 
                                        + tambahan pelaburan disebabkan pindah milik pesaka

2.kalau saya ada 130k dalam asb, bolehkan saya meminjam bank 100k loan asb.
Jumlah pelaburan seterusnya adalah bergantung kepada had maksima pelaburan maksima yang dibenarkan iaitu 200,000 unit. Untuk mengetahui jumlah unit ASB yang masih boleh dibeli, tuan boleh membuat semakan di mana-mana Pejabat ASNB atau Ejen-ejen ASNB yang berhampiran.

3.kalau saya ada 130k, dan saya certificatekan 130k ke OD, adakah saya akan kehilangan bonus 10 tahun? 

Berikut adalah disertakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk makluman tuan:-

(a)        Pengagihan Pendapatan  

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah (buku + sijil pelaburan) pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2008:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2008  hingga Disember 2008     x KADAR
                                      12 Bulan

*  BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
*  Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2008 sehingga Disember, 2008 (12 bulan).
*  Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata
    baki minimum tahunan.
*  Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.


(b)        Bonus

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan (buku + sijil pelaburan) untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2008 :-


Jumlah *BMB dari bulan Januari 1999 hingga Disember 2008    X   KADAR 
                                120 Bulan

 *   BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
 *   Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 1999 hingga Disember 2008 (120 bulan)  dicampurkan kesemuanya dan
      dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
 *   Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.

Sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Ejen, Ibu Pejabat ASNB, Kuala Lumpur melalui talian telefon 03-2057 3000/2057 3111 atau mana-mana Pejabat ASNB yang berdekatan atau layari laman web kami di www.asnb.com.my . 

Sekian, terima kasih.  

Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please comment, if you think it will help us all.

Like Facebook