Nuffnang

Sijil ASB FAQ

1.berapakah harga dikenakan oleh pihak PNB untuk mensijilkan duit ASB.

Urusniaga pembelian sijil boleh dilakukan di Pejabat ASNB atau ejen-ejen ASNB (Maybank, CIMB Bank RHB Bank atau Pejabat Pos). Urusniaga melalui sijil boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu:



a.   Melalui pembelian secara tunai atau cek

     Dokumen yang diperlukan:-

  • Wang tunai atau cek (di atas nama tuan). Pembelian melalui cek  hanya boleh dilakukan di Pejabat ASNB atau Ejen RHB Bank sahaja. Urusniaga akan dikreditkan ke dalam akaun tuan selepas cek dijelaskan.
  • Kad Pengenalan
  • Borang Tambahan Pelaburan (ASNB 21)
b.   Melalui penukaran bentuk dari simpanan buku pelaburan ke sijil

     Dokumen yang diperlukan:

  • Buku Pelaburan
  • Kad Pengenalan
  • Borang Penukaran Bentuk dari Buku ke Sijil (BS 2)
  • Yuran RM10.00
Urusniaga sijil mestilah di dalam gandaan 1,000 unit atau RM1,000 dan sekiranya uruniaga sijil secara tunai atau tukar bentuk dilakukan di Pejabat ASNB, sijil akan dikeluarkan dengan serta merta manakala jika dilakukan melalui ejen ASNB ianya akan dihantar melalui pos dari Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur terus ke alamat tuan/puan seperti di rekod kami

2.berapakah tempoh untuk kita "mencashkan" sijil asb dan adakah bayaran dikenakan?

Unit pelaburan sijil boleh ditebus melalui dua cara iaitu sama ada melalui proses penukaran bentuk ke buku pelaburan atau melalui jualan balik. Kedua-dua proses berkenaan perlu dilakukan di Pejabat-Pejabat ASNB Beroperasi Penuh atau Kaunter Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur sahaja

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ialah :-
  • Sijil pelaburan asal
  • Buku pelaburan
  • Kad pengenalan
  • Surat pelepasan pinjaman (sekiranya sijil merupakan sijil pinjaman)
Lokasi pejabat ASNB yang berhampiran boleh dirujuk pada pautan laman web di bawah:
http://www.asnb.com.my/branches.htm

3.adakah sijil asb, kita masih dapat dividen ASB?

Untuk makluman sijil adalah merupakan salah satu cara untuk membuat pelaburan di dalam ASB selain dari melalui buku  pelaburan. Maklumat lanjut seperti berikut:-
  •  Jumlah pelaburan tidak dicetak di dalam buku pelaburan sebaliknya jumlah pelaburan dicetak di atas sijil.
  • Jumlah pengagihan pendapatan dan bonus (jika ada) adalah sama dengan pelaburan melalui buku pelaburan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please comment, if you think it will help us all.

Like Facebook