Emel tuan/puan mengenai perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa PNB membuat pembayaran zakat ke atas keuntungan yang diperolehinya melalui pelbagai aktiviti perniagaan termasuk caj perkhidmatan sebagai pengurus pelaburan kepada tabung-tabung unit amanahnya.
Untuk makluman tuan/puan juga, pengagihan pendapatan kepada pelabur oleh tabung-tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB, iaitu Amanah Saham BumIputera (“ASB”), Amanah Saham Malaysia (“ASM”), Amanah Saham Didik (“ASD”), Amanah Saham Wawasan 2020 (“ASW 2020”) dan sebagainya, adalah hasil dari keuntungan pelaburan tabung-tabung unit amanah tersebut dan ianya adalah pengagihan pendapatan sebelum zakat.
Sebagai makluman, pemegang-pemegang akaun tabung-tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan agama manakala pelaburan mereka adalah dari sumber yang berbeza samada dari wang simpanan atau dari pinjaman bank.
Setelah mengambil kira faktor-faktor latar belakang pelabur serta sumber pelaburan mereka ini, pihak ASNB berpendapat bahawa adalah lebih sesuai sekiranya urusan pembayaran zakat dilakukan oleh pihak pelabur sendiri sekiranya pelaburan tersebut memenuhi syarat-syarat zakat seperti yang dituntut oleh Islam.
Diharapkan agar penjelasan yang diberikan dapat memberikan tuan/puan gambaran sebenar mengenai urusan pembayaran zakat oleh tabung-tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di 03-2057 3000 atau layari laman web kami di www.asnb.com.my.
Sekian, terima kasih.
Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220
From: Eddy Irwan Bin Mahamad [mailto:eddyirwan@gmail.com]
Sent: Monday, December 19, 2011 10:22 AM
To: ASNB Care
Subject: Zakat dan Income tax
Sent: Monday, December 19, 2011 10:22 AM
To: ASNB Care
Subject: Zakat dan Income tax
asalamualaikum;
saya henda bertanya, bagaimana ASB dengan Income tax dan Zakat
Eddy Irwan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Please comment, if you think it will help us all.