Baca dan fahamkan. Ia duit anda, kene tahu camna mereka kira...
---------- Mesej dikirim semula ----------
Daripada: <asnbcare@pnb.com.my>
Tarikh: 2008 Disember 16 12:03
Subjek: Re: Fw: Dividen ASB
Kepada: Eddy Irwan Bin Mahamad <eddyirwan@gmail.com>
En. Eddy
Kami dengan hormatnya merujuk kepada email tuan mengenai perkara di atas.
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana tuan memilih unit amanah ASNB yang diuruskan oleh Kumpulan PNB melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), sebagai instrumen pelaburan tuan.
Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2008 adalah seperti berikut:-
Pengagihan Pendapatan 7%
Bonus 1.75%
Berikut adalah dinyatakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk makluman tuan.
(a) Pengagihan Pendapatan
Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2008:-
Jumlah *BMB dari bulan Januari 2008 hingga Disember 2008 x KADAR
12 Bulan
* BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2008 sehingga Disember, 2008 (12 bulan).
* Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum
tahunan.
* Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.
(b) Bonus
Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2008 :-
Jumlah *BMB dari bulan Januari 1999 hingga Disember 2008 X KADAR
120 Bulan
* BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 1999 hingga Disember 2008 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan
120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
* Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.
Sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Ejen, Ibu Pejabat ASNB, Kuala Lumpur melalui talian telefon 03-2057 3000/2057 3111 atau mana-mana Pejabat ASNB yang berdekatan atau layari laman web kami di www.asnb.com.my .
Sekian, terima kasih.
Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220
Salam, saya ingin membuat pidahan daripada akaun emak kepada akaun bapa sebanyak 100k. Adakah ibu masih mendapat dividen & bonus untuk simpanan beberapa bulan sebelum pindahan? Dan bilakah masa yang baik untuk pindahan ini supaya mendapat bonus dan dividen yang maksima? Terima kasih Razali
BalasPadamMenjawab soalan tuan;
BalasPadam1. Pro rate, since financial year january hingga december setiap tahun, maka kiraan adalah pro-rate baki terendah setiap bulan.Which mean, semasa pengiraan dividen, sistem akan kira baki terendah pada bulan tersebut dan dibuat selama 12 bulan bulan.
2.Masa terbaik adalah januari. dapat setahun dividen. tapi kalau tak dapat, sebelum 15 december setiap tahun.
saya telah mmbuat pelaburan asb sbanyak 200k bagaimana pngiraan untuk deviden 2013
BalasPadamkalau anda buat pelaburan asb 200k untuk december 2012 hingga januari 2014. Senang jer kira;
BalasPadam(200,000 x 7.7) / 100 = 15400 setahun dalam ASB. Jika duit anda tidak cukup haul atau ada berbeza figure mengikut bulan, contohnya dalam kes ini, bulan januari ada 10k, tapi bulan2x lain ada 200k (BAKI TERENDAH); maka
januari dividen
(10000x7.7/100)/12=RM 64.1
febuari hingga december dividen
((200000x7.7/100)/12)x11=14116
total untuk bulan januari divden (10k) + dividen febuari hingga december (200k) adalah
14116+64=RM14180
Pengiraan di atas hanya untuk dividen sahaja, tidak termasuk bonus. BONUS adalah PRORATE 10 tahun baki terendah setiap bulan akaun ASB anda.
salam...kalo xsmpai 10 thn wat asb,dpt bonus jugak ke
BalasPadamKalau 100k pinjaman.berapa besih sy dpt dividen..untk pinjaman sy tu..
BalasPadamin reply
BalasPadam1.kalau tak sampai 10 tahun pun still ada bonus, tapi pro-rate 10 tahun, bukan pro rate setahun
2.define bersih? adakah bersih tu selepas tolak kos pembayaran monthly loan?
berapa peratus dividen dan bonus kalau pelaburan 100k? minta tunjuk jalan kira
BalasPadamNak tanya...kalau bukak akaun bulan 4 tahun ni, dividen yg akan dapat pengiraan bahagi 12 atau 9 kerana jumlah bulan simpanan hanya 9 bulan sahaja..
BalasPadamKlau sy buat asb rm50000..jd dividen rm4250..sy akan dpt rm4250 tu atau ade potongan lg
BalasPadamTotal sen seunit..8.50
BalasPadam