Seperti kita maklum perbezaan ketara antara ASB dengan ASW adalah saiz tabung ASB tidak dihadkan, cuma individu (bumiputera) hanya dibenarkan melabur RM 200,000.00 pada permulaannya sahaja. Tabung tiada had bermakna, jika populasi orang melayu meningkat, saiz tabung juga meningkat. Berbeza dengan ASW, saiz tabung dihadkan tetapi pelaburan individu tidak dihadkan. Ini bermakna, anda boleh melabur di ASW RM 1juta pun tidak mengapa jika ada kekosongan tabung. Ia berjalan mengikut first come basis.
Seperti kita tahu, dalam portfolio pengagihan pendapatan dan bonus dalam tabung amanah di bawah seliaan PNB, ASB adalah tabung yang berprestasi tinggi. Jika kita bandingkan juga pada tabung-tabung lain yang bukan di bawah seliaan ASB yang mana unitnya adalah RM 1 secara tetap, ASB masih tinggi pulangannya.
Jika anda berminat hendak tahu pengagihan pendapat asb dari masa dilancarkan sila pergi ke sini (popup)
Tips pelaburan dari saya. Jika anda suka "berhutang". Buat loan asb dan penuhkan dia di ASB. dan simpan saving lain anda di ASW. Tapi jika anda jenis tidak suka berhutang, sebelum melabur dalam ASW, melaburlah dulu di ASB. Anda akan merasa efek pengagihan pendapatan ASB bila anda telah melabur melebihi 10 tahun ( bonus pro-rate 10 years). Klik sini jika hendak tahu tentang pengiraan pengagihan pendapatan ASN
Selamat Melabur.
KMH!!!
BalasPadam