Nuffnang

Beli Kereta Free

Semua orang tahu, atau maybe dia buat tak tahu, yang kereta ini liabiliti. Liabiliti dimana, kita beli dengan harga 100k, kereta tu mungkin dalam 3 tahun, harga dalam 60k. Biasalah, bila sebut kereta, harga kereta second hand bergantung kepada model-model. Kereta-kereta yang harga second hand yang tinggi seperti Toyota Camry, Honda Civic, Honda City, Toyota Vios.

Disini saya ingin menceritakan yang kita boleh beli kereta disamping membuat pelaburan. Malangnya, terdapat beberapa halangan yang pasti untuk menjalankan cara ini. Tapi takper. saya ceritakan dulu caranya.

Contohnya, Exora 1.6 CFE Bold Premium dan harga OTR adalah 80k dan bayaran bulanan untuk kereta ini untuk 9 tahun adalah RM1200 sebulan. Cara tradisional kebanyakan orang buat adalah hanya beli kereta tu dan bayar menggunakan gaji anda. dan cukup 9 tahun, anda dapat satu kereta yang mana nilainya mungkin bawah 20k sahaja. Itu adalah cara tradisional. Cara yang digunakan oleh semua orang yang makan gaji di dalam dunia ini.

Cara saya, bagaimana?





Cara saya ialah, sebelum anda amik kereta exora tersebut, anda buat lah loan ASB 200k untuk 25 tahun. Anggap pulangan ASB hanya 7.5% setahun (tidak termasuk bonus), Loan ASB 200k untuk 25 tahun adalah RM 1200 sebulan. Ingat, bila anda ambil loan ASB, setahun pertama anda kene bayar dengan duit sendiri dahulu dan duit RM 1200 yang anda bayar, adalah untuk loan ASB dan bukan untuk kereta. Ini dimana, anda masih tiada kereta, tapi cara pembayaran anda menunjukkan anda seperti ada kereta.

Selepas setahun membayar ASB loan (jika anda mula pada december tahun lepas), tanggal 3 january setiap tahun, pelabur ASB akan berbaris di pejabat ASB atau di Maybank untuk memungut hasil. Jika dividen kita kira adalah 7.5%, maka jika 200k anda akan dapat dividen sebanyak 15k. (ingat, 15k adalah dividen 7.5% dimana ia adalah terendah dalam sejarah pelaburan ASB dan juga tidak termasuk bonus). 15k dibahagikan dengan 12 adalah sama dengan RM 1250!!!!

Bukankah RM 1250 tu adalah jumlah bayaran bulanan untuk Exora 1.6 CFE bold premium?

So pada 4hb January, pergilah ke showroom Proton dan tempahlah Exora anda. Pada bulan Febuary, gunalah RM 15k yang anda dapat dari pelaburan ASB tuh untuk membayar installment Exora anda. Anda boleh bayar terus setahun untuk Proton Exora tersebut atau anda boleh bayar monthly basis . (jika anda jenis tak boleh tengok duit berkepuk, maka haruslah anda bayar installment Exora anda untuk setahun). Tapi jangan lupa, anda harus membayar pinjaman ASB, cuma pinjaman kereta di bayar oleh keuntungan ASB, dan bukan dari gaji anda!!!

Secara matematiknya;

dividen asb untuk 200k jika dividen 7.5% = RM 15,000.
bayaran tahunan exora anda untuk 12 bulan jika pembayaran itu adalah RM 1200 sebulan = RM14,400
baki RM 600 tu, boleh lah guna untuk menolong membayar insurance anda.

Objektif Pelaburan anda;

Cukup 9 tahun menggunakan Exora, anda jual jer exora tuh (atau sedekah kat persatuan anak yatim) , dan beli exora baru dan buat loan untuk 9 tahun lagi!... cukup 25 tahun, bila anda hendak bersara, anda ada duit 200k dalam asb yang boleh digunakan selain dari duit EPF. OK lah dari tiada apa2x.

Kebaikan / Kelemahan cara ini.


  1. Jika anda ambil pinjaman Asb dengan maybank, maka loan kereta pun anda harus ambil dengan maybank. Ini adalah kerana, dalam sistem CTOS atau CCRIS, sistem menunjukkan anda ada komitment yang mana anda ada pinjaman yang mana bayaran bulanan adalah RM1200 sebulan. Jika gaji anda rendah, bank lain akan meragui keupayaan pembayaran balik anda dan dia tidak tahu yang pinjaman tu adalah pinjaman ASB yang mampu memberi pendapatan. Kalau anda beritahu pun biasanya bank lain tidak mengiktiraf pinjaman ASB sebagai sumber pendapatan.
  2. Jika pendapatan ASB jatuh bawah 7.5%, (harap2x tidaklah), terbaik adalah anda harus tamatkan pinjaman ASB dan bayar sahaja terus loan kereta. Tapi jika anda mampu, topup sahaja sebab ASB adalah pelaburan jangka masa panjang. Ia akan naik kembali bila ekonomi sudah pulih.
  3. Calculation ini tidak termasuk kos insurance, baik pulih kenderaan dan lain-lain kos seperti kenaikan minyak petroleum.
  4. Jika anda meninggal dunia, pinjaman ASB akan dilangsaikan kerana ia dilindungi oleh MRTA.
  5. Anda harus bekorban setahun pertama membayar RM 1200 sebulan dimana duit itu sebenarnya anda niat untuk membeli kereta. Seperti biasa, semua pelaburan memerlukan pengorbanan.
  6. Anda juga harus ada kemampuan untuk membayar RM 1200 tersebut. Kalau kemampuan anda bawah dari ini, anda patut memikirkan kereta yang lebih kecil lagi.
  7. Terhad untuk BUMIPUTERA dan mampu membayar hutang (tidak diblacklist atau bengkrap)
  8. Pinjaman ASB tertakluk pada KPA - Kadar Pinjaman Asas (BLR) yang ditetatpkan oleh bank negara. Kenaikan BLR menyebabkan hutang anda bertambah. Tetapi, disebabkan salah satu investment portfolio ASB adalah saham Maybank, maka kenaikan BLR akan menyebabkan keuntungan bank meningkat, seterusnya menyebabkan dividen ASB lagi tinggi. Tapi sepeti nota saya nombor 2, jika berlaku kenaikan BLR, jika tidak mampu, tutup sahaja loan ASB dan bayarlah RM 1200 anda tuh kepada pinjaman kereta, dan bukan kepada pinjaman ASB.






8 ulasan:

  1. So Jika dividen itu kita gunakan untuk membayar bulanan kereta, bagaimana kita nak bayar asb loan pulak???

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna duit gaji sendiri bayar loan asb..
      dividen untuk bayar loan kereta..
      so bagusnya strategi ni, kita dapat 2 benda sekali.. loan & kereta. :)

      Padam
  2. So Jika dividen itu kita gunakan untuk membayar bulanan kereta, bagaimana kita nak bayar asb loan pulak???

    BalasPadam
    Balasan
    1. u pilih lah, nak bayar loan kereta or loan asb.....cuma risk jika bayar loan asb dan guna duit dividen untuk bayar loan kereta adalah keuntungan dijana melalui pelaburan tidak tetap....

      Padam
  3. Klu nak cantik lagi...2 tahun x usik dividen....

    BalasPadam
  4. Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    BalasPadam
  5. sy mmg cari info ni..bukan nak beli kereta. tapi nak wat asb on december!! kire byr sebulan shj..then thn2 berikutnya guna duit dividen shj.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu loan asb start potong dec 2017 then january 2018 dpt dividen..dia akan bahagikan kpd 12 bln dan darab dgn brp byk bulan yg ade duit 200k tu..maknanya diveden hanya dikira utk sebulan shj..

      Padam

Please comment, if you think it will help us all.

Like Facebook