Nuffnang

ASB LOAN FOR DUMMIES

ada beberapa issue yang kita perlu tengok sebelum mengambil loan ASB


  • Interest Rate
    pastikan interest rate yang dikenakan adalah terendah di atara bank-bank. Sila lihat Maybank, CIMB dan RHB dari semasa ke semasa.
  • Lokasi Bank
    Mungkin pada mereka lokasi bank tidak relevan. Tapi, bagi saya, jika anda ambil asb loan pada 2004 , 2008 dan 2012, interest rate yang dikenakan adalah berbeza. Contoh pada 2004, BLR-0%, 2008, BLR - 1, 2012, BLR -1.6. Jika anda tidak terminate loan asb yang anda buat pada 2004, bayangkan berapa banyak interest anda bagi pada pihak bank. (Kita perlukan mereka, tapi jangan beri diorang bonus 6 bulan gaji senang-senang sangat). Lokasi memain peranan penting sebab dari semasa ke semasa, kita perlu jenguk ke bank tu untuk melakukan urusan perbankan dengan diorang.
  • Termination Clause
    Ini sangat penting. Seperti kata pepatah melayu, langit kekadang tak selalu cerah. Jadi, pastikan loan anda mempunyai "locking period" yang paling sedikit dan kalau boleh tiada langsung. Kadang-kadang, kita rasa kita mampu untuk membayar loan untuk 10 tahun, tapi tahun 2 kita dah teruk. (kereta rosak, terpaksa beli baru contohnya).  Jadi kalau dah tak mampu, kita terminate loan ASB dan beli kereta baru anda. 
  • Gaji Boleh Guna
    Aku tak tau the exact word for this, tapi matlamatnya ialah, bila anda buat ASB loan, contoh anda dikehendaki serve the loan untuk RM 1200 sebulan, maksud dia, Pendapatan boleh guna anda telah ditolak RM 1200 sebulan dari gaji bersih anda termasuk Loan Rumah, Loan Kereta, Personal Loan. Pastikan jumlah loan asb yang anda ambil ada baki untuk membeli kereta baru atau membuat personal Loan untuk masa susah). Morale of the story, loan asb masuk dalam CCRIS. bank lain tahu anda ada hutang, tapi mereka tak tahu hutang itu adalah hutang ASB!. Workaround untuk perkara ini, hubungi branch bank yang anda buat asb loan,apply loan kereta dengan diorang. Diorang akan bagi exclusion untuk perkara itu. Yang tak bestnya, anda terikat dengan bank yang anda amik asb loan tu. Kekadang, bank tu bukanlah bagi interest rate terendah untuk kereta baru anda!
  • Masa
    Masa terbaik untuk ambil loan ASB adalah pada suku keempat. (sept, oct, nov). Ini adalah kerana, dividen ASB dikira pro-rate setahun. Untuk impak terbaik, akhir tahun adalah terbaik untuk melihat dividen. Elakkan ambil loan ASB pada disember sebab bank dan disburst duit ambil masa sebulan. Takut kalau anda ambil pada december, duit masuk tu adalah januari. Maka tidak cukup setahun. (sila lihat sini untuk pengiraan pembayaran dividen asb)
  • Matlamat Loan ASB
    • Untuk masa tua sahaja (with minimal payment)
      Cara nie senang jer, bila buat loan ASB, pastikan anda bayar installment ASB loan untuk setahun sahaja. Selepas dapat dividen pertama, gunakan dividen itu untuk bayar installment tahun berikutnya. Baki tu belanja lah parent anda makan Chillies!
    • Nak Banyak Duit
      Kalau nak labur 1k esok jadi 10k, baik korang labur kat MLM atau skim yang tidak diluluskan oleh bank negara. tapi kalau ada masalah, korang tanggung sendiri. Untuk ASB, sebaik mungkin, korang bayar jer installment anda selama mungkin, dan duit dividen ASB pun korang biarkan dalam buku ASB. 
    • Nak Kurangkan Interest Bank
      Saya memang tak suka kasik bank nie kaya, so bayarlah installment setiap bulan, dan dividen ASB tu, ko bayar untuk pokok, so cara ini, kalau korang amik ASB loan 200k untuk 25 tahun, end-up loan korang akan dipendekkan dari 25 tahun ke 18 tahun sahaja.
    • Sahaja dengki tengok kawan buat Loan ASB
      Kalau korang dalam kategori nie, korang serve jer asb loan tu sampai tak larat, korang terminate jer lah.Janji bila bankers tanya " ENCIK NAK BUAT ASB LOAN TAK", korang jawab jer lah, dah ada.....

9 ulasan:

  1. tq..info yg sgt membantu

    BalasPadam
  2. Saya ada buat loan asb dalam bulan mac ari 2. Maknanya skrg belum cukup setahun so saya belum entitled utk dividen la ek

    BalasPadam
  3. dia akan dikira sebagai pro-rate; sila rujuk article saya mengenai pengiraan dividen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh means sy akan tetap dapat la kan. Thanx ye. Good info. Seriously.

      Padam
  4. Saya ada terselak blog yg bincang pasal loan asb. agak informatif. bole dapat byk info dari situ.

    http://asbclub4u.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. assalam...
    sy masih dlm proses memahami loan ASB
    sy kurang jelas dgn point :
    nak kurangkan interest bank..bayar interest setiap bulan, dividen byr pokok..tempoh pinjaman dari 25thn jadi `18thn,,
    minta penjelasan
    terima kasih banyak2

    Amal J

    BalasPadam
  7. $$$ URGENT LOAN OFFER WITH LOW INTEREST RATE APPLY NOW $$$
    Do you need Loan to pay off your debt and start a new life? You have come to the right place were you can get FUNDED at a very low interest rate. Interested people/company should please contact us via email for more details.

    Full name:
    Date of birth (yyyy-mm-dd):
    Gender:
    Marital status:
    Amount Needed:
    Duration:
    Address:
    City:
    State/province:
    Zip/postal code:
    Country:
    Phone number:
    Monthly Income:
    Occupation:

    E-mail: shadiraaliuloancompany1@gmail.com

    BalasPadam

Please comment, if you think it will help us all.

Like Facebook