Kadangkala, sebagai programmer, kita tidak boleh lari dari tengok kod orang lain. Dan kebiasaan dunia IT, walaupun disertakan dokumentasi, kita akan menghadapi masalah lagi-lagi bila programmer sebelum nie buat banyak class, dan setiap class tu letak di merata-rata tempat.
PHP khususnya PHP5 menyediakan cara alternative untuk anda untuk track di mana class itu berada. Dalam erti kata lain, di fail maner class tersebut berada.
Sila lihat "Reflection Object". Ia hanya didapati untuk php5 sahaja. Dan yang pastinya ia hanya menerima parameter object (bukan class) .
include("include/class1.php");
include("include/binatang.php");
$ayam = new binatang();
$object = new ReflectionObject($ayam);
echo $object->getFileName();
bila kita run kod diatas dia akan papar
"/usr/share/nginx/html/include/binatang.php"
sila try guna reflection class untuk detect kat maner class tersebut berada. Perbezaan reflection class dengan reflection object adalah
reflectionClass menerima parameter class dan
reflectionObject menerima object sebagai parameter.