Nuffnang

Kucing Jiran Masuk Rumah

Kepada mereka yang bermasalah dengan kucing jiran yang sering masuk ke dalam kawasan rumah dan kemudian berak?

Cuba try nie,


Cat repellent di jual di Daiso. Ia bukan untuk melukakan kucing, so ia takkan menyebabkan kucing jiran anda berdarah. Contoh penggunaan cat repellent nie adalah seperti di bawah:


 

Ia bukan sahaja sesuai diletakkan di pagar, juga sesuai diletakkan di pasu bunga dan tempat-tempat tertentu yang dimana kucing suka pergi .... ia juga tidak merbahaya untuk kanak kanak

Favourite Paed : Klinik Pakar Wanita & Kanak-kanak Desa Melawati

Intro

Mencari klinik kanak-kanak yang bagus? Bolehlah cuba 'Klinik Pakar Wanita & Kanak-kanak Desa Melawati'.. Mungkin ramai dah tahu tentang klinik ni. Jadi saya share serba sikit berdasarkan pengalaman dari anak nombor 1 sampailah ke nombor 5 memang pergi ke sini. Dari duduk rumah dekat dengan klinik sampai dah pindah ke Shah Alam pon sanggup ke sini.

Doktor

Doktor di klinik ni ialah Dr. Hasmawati. Memang kenal Doktor Hasmawati dari masa beliau bertugas di Damai Service Hospital lagi. Berpengalaman dan friendly. Consultancy pon best.

Lokasi

Lokasi klinik di Desa Melawati.. 
Ni alamat penuh klinik : A-0-21, Jalan 2/4c, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.  
Kalau tak jumpa boleh la google atau guna Waze. :D
Kawasan klinik juga senang untuk parking.

Waktu Operasi

Dibuka dari Isnin sampai Jumaat bermula 9:00 pagi - 6:00 petang, lunch break 1:00 petang - 3:00 petang .
Sabtu pula sekerat hari sahaja. 
Keadaan pagi Sabtu. Beratur untuk dapatkan giliran.

Hari Sabtu ni selalunya memang padat. Orang sanggup beratur dari 8:30 pagi nak rebut giliran. Pernah sampai di klinik pukul 9:00 pagi, pon dah dapat giliran nombor 18. Bayangkanlah kalau setiap pesakit purata masa rawatan/konsultansi dalam 10 minit,  Tapi sebab doktor best, tak kisahlah menunggu.
Bagi mereka yang tak suka crowded, datanglah waktu kerja.

Sabar menunggu giliran.


Suasana klinik

Kliniknya sederhana besar saja. Tapi selesa. Cuma kalau tengah ramai orang, mungkin kerusi terhad. Tapi bolehlah pergi minum-minum di kedai sebelah menyebelah. 
Pendaftaran dan ambil ubat & pembayaran dibuat di kaunter yang sama. 


Kaunter pendaftaran, bayaran dan ubat.

Rawatan

Berdasarkan pengalaman sendiri, anak-anak pernah dapatkan rawatan di sini untuk demam, flu, nabulizer, jaundice (jemur bawah lampu biru), check darah, masalah kelenjar, ambil vaksin... 
Setiap kali jumpa doktor, anak-anak dapat gula-gula. Kalau parents yang tak suka beri gula-gula kat anak..cepat-cepat sorok dan makan sendiri...

Peralatan

Peralatan di klinik juga lengkap untuk rawatan biasa. 

Ubat

Ubat yang dibekalkan memang serasi dengan anak-anak. Alhamdulillah, selalunya memang berkesan dan cepat baik.

Playground

Sementara menunggu giliran, tempat anak-anak bermain juga disediakan. Jadi tak la diorang bosan. Parents pon boleh rileks.


Sesuai untuk anak-anak kecil.


Slide

Pembayaran

Pembayaran boleh menggunakan tunai dan kad kredit. Untuk bayaran yang menggunakan kad kredit, tapi akan dikenakan service charge.

Kesimpulan

Apa yang boleh saya katakan untuk klinik ni, dari segi peralatan dan ruang klinik adalah sederhana. Namun apa yang penting bagi saya adalah kepercayaan terhadap doktor. Doktor Hasmawati memang bagus. Rawatan dan pemerhatian doktor juga teliti. Ubat dibekalkan juga berkesan. Pembantu-pembantu klinik yang friendly.

RegisterCompany.net

Domain nie aku query kat godaddy dalam bulan Januari 2014. Lihatlah berapa harganya:

http://registercompany.net


Beli Kereta Free

Semua orang tahu, atau maybe dia buat tak tahu, yang kereta ini liabiliti. Liabiliti dimana, kita beli dengan harga 100k, kereta tu mungkin dalam 3 tahun, harga dalam 60k. Biasalah, bila sebut kereta, harga kereta second hand bergantung kepada model-model. Kereta-kereta yang harga second hand yang tinggi seperti Toyota Camry, Honda Civic, Honda City, Toyota Vios.

Disini saya ingin menceritakan yang kita boleh beli kereta disamping membuat pelaburan. Malangnya, terdapat beberapa halangan yang pasti untuk menjalankan cara ini. Tapi takper. saya ceritakan dulu caranya.

Contohnya, Exora 1.6 CFE Bold Premium dan harga OTR adalah 80k dan bayaran bulanan untuk kereta ini untuk 9 tahun adalah RM1200 sebulan. Cara tradisional kebanyakan orang buat adalah hanya beli kereta tu dan bayar menggunakan gaji anda. dan cukup 9 tahun, anda dapat satu kereta yang mana nilainya mungkin bawah 20k sahaja. Itu adalah cara tradisional. Cara yang digunakan oleh semua orang yang makan gaji di dalam dunia ini.

Cara saya, bagaimana?


Dave Ramsey Quotes



Robert Kirosaki Quotes


Block Facebook Games Invitation

Anda mengalami masalah dengan kawan-kawan facebook anda suka invite games. Senang jer nak selesaikan masalah ini. Sila ikut gambarajah di bawah.

Pergi ke TETAPAN PRIVASI di SETTINGS




Kucing Berak

Anda mengalami masalah ngan kucing berkeliaran dan suka berak merata di kawasan perumahan anda. Jika anda di dalam kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, buat sahaja aduan di portal DBKL. (www.dbkl.gov.my). Ada satu unit dalam bandaraya khas untuk tangkap kucing dan anjing liar atau tidak bertuan.

Pastikan kucing yang hendak ditangkap berada di luar kawasan rumah (rumah anda ataupun rumah jiran) kerana mereka hanya boleh menangkap kucing tersebut jika berada di luar kawasan tanah persendirian. Tak pasti jika mereka hendak kene ada waran untuk tangkap kucing di kawasan rumah orang.

Kucing yang ditangkap tidak akan dibunuh. Ia diletakkan di dalam sangkar dan diberi makan secukupnya.


 

Tanah Runtuh Di Jalan Mahameru 2013

Berlaku pada 7 Mei 2013.

 Kejadian berlaku pada waktu lewat petang dimana hujan turun dengan lebat hingga 2 jam dan hujan renyai-renyai untuk 3 jam seterusnya. Keesokan harinya, jalan mahameru menghala ke PWTC ditutup sehinggan menyebabkan kesesakan lalu lintas di Tol PLUS Sungai Besi.





Listen Listen Listen

Kecoh bebaru nie pasal video youtube yang berlaku di UUM. Yang bertambah kecoh bila syarikat-syarikat pun turut muatkan di dalam iklan diorang.



Apa yang kecoh-kecoh sangat pasal listen-listen nie. Sila lihat video tu disini.



Lori Simen Drift di Wangsamas

Eksiden di simpang lampu isyarat kat villa wangsamas. hati-hati lar korang kalau bawak kereta kat sini. takut  jadi cam lori nie lak...

Tarikh berlaku 2 November 2012...


Lori Terbalik Jalan Tun Razak

Belaku pada 3 October 2012 dalam pukul 9.30 pagi kat Jalan Tun Razak menyebabkan massive jem. Disini disertakan gambar-gambar apa yang berlaku pada hari itu. Semoga kita mendapat pengajaran dari kemalangan ini.

Dia punya terbalik, satu lorong dari 3 lorong jer boleh pakai

Tayar tercabut bro...

Camnielah rupenya dasar lori yerr..

Kecik jer gearbox dia...ehehehe

Saksi-saksi kemalangan..diorang nie lah yang menambahkan lagi jem

Kereta Terbakar di Taman Sri Rampai, KL


Lokasi: Taman Sri Rampai
Tarikh: 23/10/2012 6.30 ptg

Hanya satu (1) kereta bomba sahaja datang

Kat tempat driver takda apa yang terjejas

Facebook Emoticons

smile :-) :) :] =)
frown :-( :( :[ =(
gasp :-O :O :-o :o

grin :-D :D =D
tongue :-P :P :-p :p =P
wink ;-) ;)
curly lips :3
kiss :-* :*
grumpy >:( >:-(
glasses 8-) 8) B-) B)
sunglasses 8-| 8| B-| B|
upset >:O >:-O >:o >:-o
confused o.O O.o
shark (^^^)
pacman :v
squint -_-
angel O:) O:-)
devil 3:) 3:-)
unsure :/ :-/ :\ :-\
cry :'(

likes (Y)

ASB LOAN FOR DUMMIES

ada beberapa issue yang kita perlu tengok sebelum mengambil loan ASB


  • Interest Rate
    pastikan interest rate yang dikenakan adalah terendah di atara bank-bank. Sila lihat Maybank, CIMB dan RHB dari semasa ke semasa.
  • Lokasi Bank
    Mungkin pada mereka lokasi bank tidak relevan. Tapi, bagi saya, jika anda ambil asb loan pada 2004 , 2008 dan 2012, interest rate yang dikenakan adalah berbeza. Contoh pada 2004, BLR-0%, 2008, BLR - 1, 2012, BLR -1.6. Jika anda tidak terminate loan asb yang anda buat pada 2004, bayangkan berapa banyak interest anda bagi pada pihak bank. (Kita perlukan mereka, tapi jangan beri diorang bonus 6 bulan gaji senang-senang sangat). Lokasi memain peranan penting sebab dari semasa ke semasa, kita perlu jenguk ke bank tu untuk melakukan urusan perbankan dengan diorang.
  • Termination Clause
    Ini sangat penting. Seperti kata pepatah melayu, langit kekadang tak selalu cerah. Jadi, pastikan loan anda mempunyai "locking period" yang paling sedikit dan kalau boleh tiada langsung. Kadang-kadang, kita rasa kita mampu untuk membayar loan untuk 10 tahun, tapi tahun 2 kita dah teruk. (kereta rosak, terpaksa beli baru contohnya).  Jadi kalau dah tak mampu, kita terminate loan ASB dan beli kereta baru anda. 
  • Gaji Boleh Guna
    Aku tak tau the exact word for this, tapi matlamatnya ialah, bila anda buat ASB loan, contoh anda dikehendaki serve the loan untuk RM 1200 sebulan, maksud dia, Pendapatan boleh guna anda telah ditolak RM 1200 sebulan dari gaji bersih anda termasuk Loan Rumah, Loan Kereta, Personal Loan. Pastikan jumlah loan asb yang anda ambil ada baki untuk membeli kereta baru atau membuat personal Loan untuk masa susah). Morale of the story, loan asb masuk dalam CCRIS. bank lain tahu anda ada hutang, tapi mereka tak tahu hutang itu adalah hutang ASB!. Workaround untuk perkara ini, hubungi branch bank yang anda buat asb loan,apply loan kereta dengan diorang. Diorang akan bagi exclusion untuk perkara itu. Yang tak bestnya, anda terikat dengan bank yang anda amik asb loan tu. Kekadang, bank tu bukanlah bagi interest rate terendah untuk kereta baru anda!
  • Masa
    Masa terbaik untuk ambil loan ASB adalah pada suku keempat. (sept, oct, nov). Ini adalah kerana, dividen ASB dikira pro-rate setahun. Untuk impak terbaik, akhir tahun adalah terbaik untuk melihat dividen. Elakkan ambil loan ASB pada disember sebab bank dan disburst duit ambil masa sebulan. Takut kalau anda ambil pada december, duit masuk tu adalah januari. Maka tidak cukup setahun. (sila lihat sini untuk pengiraan pembayaran dividen asb)
  • Matlamat Loan ASB
    • Untuk masa tua sahaja (with minimal payment)
      Cara nie senang jer, bila buat loan ASB, pastikan anda bayar installment ASB loan untuk setahun sahaja. Selepas dapat dividen pertama, gunakan dividen itu untuk bayar installment tahun berikutnya. Baki tu belanja lah parent anda makan Chillies!
    • Nak Banyak Duit
      Kalau nak labur 1k esok jadi 10k, baik korang labur kat MLM atau skim yang tidak diluluskan oleh bank negara. tapi kalau ada masalah, korang tanggung sendiri. Untuk ASB, sebaik mungkin, korang bayar jer installment anda selama mungkin, dan duit dividen ASB pun korang biarkan dalam buku ASB. 
    • Nak Kurangkan Interest Bank
      Saya memang tak suka kasik bank nie kaya, so bayarlah installment setiap bulan, dan dividen ASB tu, ko bayar untuk pokok, so cara ini, kalau korang amik ASB loan 200k untuk 25 tahun, end-up loan korang akan dipendekkan dari 25 tahun ke 18 tahun sahaja.
    • Sahaja dengki tengok kawan buat Loan ASB
      Kalau korang dalam kategori nie, korang serve jer asb loan tu sampai tak larat, korang terminate jer lah.Janji bila bankers tanya " ENCIK NAK BUAT ASB LOAN TAK", korang jawab jer lah, dah ada.....

Bunga Api Merdeka @ KLCC 2012

Disini disertakan gambar-gambar yang ditangkap pada waktu hendak menunggu bunga api pada 30 ogos 2012, dalam pukul 11.45 malam. Digalakkan sampai sebelum 11.45 malam kerana pada waktu itu, banyak kereta di kawasan KLCC akan suka hati parking tepi jalan semata-mata untuk melihat bungi api KLCC.

Gambar ini ditangkap di persimpangan KLCC - FELDA. Keadaan trafik pada waktu itu - Hampir Lumpuh!

Nevermind by Nirvana

Nevermind is the second studio album by the American rock band Nirvana, released on
September 24, 1991.
Produced by Butch Vig, Nevermind was the group's first release on DGC Records. Frontman Kurt Cobain sought to make music outside the restrictive confines of the Seattle grunge scene, drawing influence from groups such as the Pixies and their use of song volume dynamics.




On 1 November 1992 .. this album was no1 on billboard 200
it was on the chart for 267 weeks

Senarai Lokasi AES

KUALA LUMPUR 22 Sept. — Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mula beroperasi tengah malam ini di 14 "lokasi maut" bagi mengesan pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera dipasang di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 'lokasi maut' dalam fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan AES merupakan tindakan tegas kerajaan bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

"Kamera AES dipasang di 'kawasan hitam' atau lokasi dikenal pasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian tinggi," katanya.
Solah menambah, orang ramai boleh menyemak lokasi kamera AES menerusi laman sesawang JPJ di www.jpj.gov.my, dan pengguna boleh mengetahui mengenai zon operasi kamera AES melalui papan tanda yang diletakkan di kawasan berhampiran.


Rojak di Taman Gelora, Kuantan

Jika singgah di Kuantan, jangan lupa makan rojak di Taman Gelora Kuantan. Bagi mereka yang tak tahu di mana Taman Gelora, ia berdekatan dengan Teluk Cempedak dan berhadapan dengan Kolej Antarabangsa IKIP.

Terletak di depan Kolej Antarabangsa IKIP, terdapat food court (benteng) , sila cari kedai jual rojak di situ. Nama kedai rojak tu adalah PAK LAH. Antara menu yang sedap ialah seperti ROKAL AYAM, ROJAK AYAM MEE


Like Facebook