Nuffnang

Beli Kereta Free

Semua orang tahu, atau maybe dia buat tak tahu, yang kereta ini liabiliti. Liabiliti dimana, kita beli dengan harga 100k, kereta tu mungkin dalam 3 tahun, harga dalam 60k. Biasalah, bila sebut kereta, harga kereta second hand bergantung kepada model-model. Kereta-kereta yang harga second hand yang tinggi seperti Toyota Camry, Honda Civic, Honda City, Toyota Vios.

Disini saya ingin menceritakan yang kita boleh beli kereta disamping membuat pelaburan. Malangnya, terdapat beberapa halangan yang pasti untuk menjalankan cara ini. Tapi takper. saya ceritakan dulu caranya.

Contohnya, Exora 1.6 CFE Bold Premium dan harga OTR adalah 80k dan bayaran bulanan untuk kereta ini untuk 9 tahun adalah RM1200 sebulan. Cara tradisional kebanyakan orang buat adalah hanya beli kereta tu dan bayar menggunakan gaji anda. dan cukup 9 tahun, anda dapat satu kereta yang mana nilainya mungkin bawah 20k sahaja. Itu adalah cara tradisional. Cara yang digunakan oleh semua orang yang makan gaji di dalam dunia ini.

Cara saya, bagaimana?


Like Facebook