Nuffnang

Kucing Jiran Masuk Rumah

Kepada mereka yang bermasalah dengan kucing jiran yang sering masuk ke dalam kawasan rumah dan kemudian berak?

Cuba try nie,


Cat repellent di jual di Daiso. Ia bukan untuk melukakan kucing, so ia takkan menyebabkan kucing jiran anda berdarah. Contoh penggunaan cat repellent nie adalah seperti di bawah:


 

Ia bukan sahaja sesuai diletakkan di pagar, juga sesuai diletakkan di pasu bunga dan tempat-tempat tertentu yang dimana kucing suka pergi .... ia juga tidak merbahaya untuk kanak kanak

Favourite Paed : Klinik Pakar Wanita & Kanak-kanak Desa Melawati

Intro

Mencari klinik kanak-kanak yang bagus? Bolehlah cuba 'Klinik Pakar Wanita & Kanak-kanak Desa Melawati'.. Mungkin ramai dah tahu tentang klinik ni. Jadi saya share serba sikit berdasarkan pengalaman dari anak nombor 1 sampailah ke nombor 5 memang pergi ke sini. Dari duduk rumah dekat dengan klinik sampai dah pindah ke Shah Alam pon sanggup ke sini.

Doktor

Doktor di klinik ni ialah Dr. Hasmawati. Memang kenal Doktor Hasmawati dari masa beliau bertugas di Damai Service Hospital lagi. Berpengalaman dan friendly. Consultancy pon best.

Lokasi

Lokasi klinik di Desa Melawati.. 
Ni alamat penuh klinik : A-0-21, Jalan 2/4c, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.  
Kalau tak jumpa boleh la google atau guna Waze. :D
Kawasan klinik juga senang untuk parking.

Waktu Operasi

Dibuka dari Isnin sampai Jumaat bermula 9:00 pagi - 6:00 petang, lunch break 1:00 petang - 3:00 petang .
Sabtu pula sekerat hari sahaja. 
Keadaan pagi Sabtu. Beratur untuk dapatkan giliran.

Hari Sabtu ni selalunya memang padat. Orang sanggup beratur dari 8:30 pagi nak rebut giliran. Pernah sampai di klinik pukul 9:00 pagi, pon dah dapat giliran nombor 18. Bayangkanlah kalau setiap pesakit purata masa rawatan/konsultansi dalam 10 minit,  Tapi sebab doktor best, tak kisahlah menunggu.
Bagi mereka yang tak suka crowded, datanglah waktu kerja.

Sabar menunggu giliran.


Suasana klinik

Kliniknya sederhana besar saja. Tapi selesa. Cuma kalau tengah ramai orang, mungkin kerusi terhad. Tapi bolehlah pergi minum-minum di kedai sebelah menyebelah. 
Pendaftaran dan ambil ubat & pembayaran dibuat di kaunter yang sama. 


Kaunter pendaftaran, bayaran dan ubat.

Rawatan

Berdasarkan pengalaman sendiri, anak-anak pernah dapatkan rawatan di sini untuk demam, flu, nabulizer, jaundice (jemur bawah lampu biru), check darah, masalah kelenjar, ambil vaksin... 
Setiap kali jumpa doktor, anak-anak dapat gula-gula. Kalau parents yang tak suka beri gula-gula kat anak..cepat-cepat sorok dan makan sendiri...

Peralatan

Peralatan di klinik juga lengkap untuk rawatan biasa. 

Ubat

Ubat yang dibekalkan memang serasi dengan anak-anak. Alhamdulillah, selalunya memang berkesan dan cepat baik.

Playground

Sementara menunggu giliran, tempat anak-anak bermain juga disediakan. Jadi tak la diorang bosan. Parents pon boleh rileks.


Sesuai untuk anak-anak kecil.


Slide

Pembayaran

Pembayaran boleh menggunakan tunai dan kad kredit. Untuk bayaran yang menggunakan kad kredit, tapi akan dikenakan service charge.

Kesimpulan

Apa yang boleh saya katakan untuk klinik ni, dari segi peralatan dan ruang klinik adalah sederhana. Namun apa yang penting bagi saya adalah kepercayaan terhadap doktor. Doktor Hasmawati memang bagus. Rawatan dan pemerhatian doktor juga teliti. Ubat dibekalkan juga berkesan. Pembantu-pembantu klinik yang friendly.

RegisterCompany.net

Domain nie aku query kat godaddy dalam bulan Januari 2014. Lihatlah berapa harganya:

http://registercompany.net


Like Facebook